Do you remember the time when you didn’t have a smartphone? What did you do to fill your free time back then?

For many of us, reading books was a normal part of life. Back then, we could read without even noticing how time passed. Sometimes, we could read a 1,000-page book for two days straight without feeling tired or bored, simply because we were excited to reach the ending and discover what happens next.

But now, since the rise of short-form video apps like TikTok, our attention has completely shifted. Picking up a book suddenly feels heavy. Even finishing a single book feels difficult.

Do you want to know why this happens? Let’s explore why your focus is now more drawn to scrolling TikTok instead of reading books.


1. Instant Dopamine vs Delayed Reward

Humans are naturally wired to prefer instant rewards over delayed rewards.

When you scroll TikTok, you get instant entertainment within seconds. Every swipe brings a new video—funny, surprising, or perfectly aligned with your interests. There is no waiting.

But when you read a book, the reward is delayed. The benefits—knowledge, insight, or personal growth—only appear after finishing chapters, or sometimes after days, weeks, or even months.

This is why TikTok feels more enjoyable. The reward comes immediately, with very little effort. You open the app and instantly get entertaining content. Swipe again, and another interesting video appears. It feels endless, like a slot machine where you never know what comes next.

This unpredictability keeps your brain engaged. “What will the next video be? Funnier? More shocking? More interesting?”

As a result, your brain gets used to constant stimulation without delay, and you end up spending much more time scrolling than you intended.


2. The Brain Prefers Easy and Fast Rewards

Inside the human brain, there is a reward system that plays a key role in motivation, decision-making, and learning. This system is strongly influenced by a chemical called dopamine.

Dopamine is not just about pleasure—it also drives us to seek rewards and repeat behaviors.

Because the brain is designed to conserve energy, it naturally prefers actions that give quick rewards with minimal effort.

That’s why scrolling TikTok feels so effortless. Within 30 seconds, your brain gets repeated bursts of reward from each new video.

Reading a book, however, requires more mental effort. You need to focus, understand ideas, and process context. The reward is not immediate—it takes time to build up.

So your brain thinks: “I need to work harder first before I get any reward.”


3. The Impact on Focus and Attention

When you consume too much fast-paced content like TikTok, your brain adapts to constant stimulation and frequent switching.

Over time, it becomes harder to stay focused on slower activities. Your tolerance for boredom decreases.

Reading starts to feel boring. Even simple activities like eating or walking feel incomplete without background stimulation like YouTube or music.

This is because your brain has become dependent on high levels of stimulation.

As a result, normal, slower activities like reading feel unusually difficult—even though they are not.


4. How to Retrain Your Brain to Enjoy Slower Activities

The good news is that this can be changed.

Your brain contains billions of neurons that form connections based on repeated behavior. When you repeatedly do an activity, the neural pathway for that activity becomes stronger. When you stop doing it, the pathway weakens.

This ability of the brain to rewire itself is called neuroplasticity.

It means your brain can be reshaped based on your habits—whether toward endless scrolling or toward focused reading.

If you start reading regularly again, those reading-related neural pathways will strengthen. At the same time, if you reduce TikTok usage, the habit of scrolling will gradually weaken.

Scrolling TikTok may feel enjoyable in the moment, but excessive use can make your mind feel slower over time. Your focus becomes weaker, and life may start to feel less fulfilling because your brain is used to constant high stimulation.

Slow activities like reading or learning begin to feel less interesting—not because they are bad, but because your brain has been trained differently.

The problem is not that your brain is broken. It is simply being shaped by your habits.

And when your habits change, your life will change too.


Conclusion

Reading is not boring. It has just been overshadowed by faster and easier forms of stimulation.

But with awareness and consistent effort, you can retrain your brain to enjoy deep focus again.

Start small. Start reading again.

Versi Bahasa Melayu

Kenapa Membaca Buku Terasa Membosankan Tetapi Scroll TikTok Tidak Pernah Membosankan?

Kau ingat lagi zaman sebelum kau memiliki telefon pintar? Apa yang kau buat untuk mengisi masa lapang ketika itu?

Selain urusan peribadi, kebanyakan daripada kita sebenarnya banyak menghabiskan masa dengan membaca buku. Waktu itu, kita boleh membaca tanpa sedar masa berlalu. Kadang-kadang, kita boleh “tersangkut” membaca selama dua hari berturut-turut untuk menghabiskan sebuah buku setebal 1000 muka surat, tanpa rasa bosan. Semuanya kerana kita terlalu teruja untuk tahu apa yang berlaku di penghujung cerita.

Namun, sejak kemunculan aplikasi video pendek seperti TikTok, fokus kita mula berubah. Sekarang, untuk membuka buku pun terasa berat, apatah lagi untuk menghabiskannya.

Kau nak tahu kenapa ini berlaku? Jom kita faham kenapa fokus kita lebih cenderung kepada TikTok berbanding membaca buku.


Dopamin Segera vs Ganjaran Tertunda

Secara semula jadi, otak manusia lebih cenderung memilih ganjaran yang segera berbanding ganjaran yang tertunda.

Apabila kau scroll TikTok, kau akan rasa keseronokan dalam beberapa saat sahaja selepas melihat video. Tetapi apabila kau membaca buku, manfaatnya—seperti ilmu, kefahaman, dan perkembangan diri—hanya akan diperoleh selepas selesai membaca, mungkin selepas beberapa hari, minggu, atau bulan.

TikTok terasa lebih menyeronokkan kerana ganjarannya datang dengan cepat. Kau buka aplikasi, terus disajikan dengan video menarik. Kau swipe lagi, muncul pula video lain yang lebih lucu, pelik, atau sesuai dengan minat kau.

Jadi, otak tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan rangsangan. Setiap kali swipe, ia memberi “hadiah” segera kepada otak.

Situasi ini boleh diibaratkan seperti mesin slot—kau tidak tahu apa yang akan muncul seterusnya, sama ada lebih lucu, lebih mengejutkan, atau lebih menarik. Ketidakpastian inilah yang membuatkan kau terus swipe, tanpa sedar masa berlalu begitu sahaja.

Sebaliknya, membaca buku memerlukan usaha mental yang lebih tinggi. Kau perlu fokus, memahami idea, dan menghubungkan konteks cerita atau isi kandungan. Ini memerlukan tenaga kognitif yang lebih berbanding hanya menonton video pendek.

Kesan membaca buku juga tidak serta-merta terasa. Kau tidak terus rasa “lebih bijak” selepas satu muka surat. Namun, jika tabiat membaca diteruskan dalam jangka masa panjang, kau akan mula perasan perubahan—cara berfikir lebih matang, pengetahuan semakin luas, dan kosa kata bertambah.

Inilah yang dipanggil ganjaran tertunda. Ia lambat, tetapi memberi kesan jangka panjang yang jauh lebih mendalam berbanding ganjaran segera seperti TikTok.


Otak Suka Perkara Mudah dan Cepat

Dalam otak manusia terdapat sistem ganjaran yang dikenali sebagai reward system, yang melibatkan bahan kimia seperti dopamin.

Sistem ini bukan sekadar tentang keseronokan, tetapi juga penting untuk pembelajaran, membuat keputusan, dan hubungan sosial. Tanpa sistem ini, manusia akan kurang motivasi untuk melakukan sesuatu.

Otak kita secara semula jadi akan memilih sesuatu yang memberi hasil segera dengan usaha yang rendah kerana ia lebih menjimatkan tenaga.

Sebab itu apabila kau scroll TikTok selama 30 saat, otak terasa seperti menerima ganjaran baru setiap kali kau swipe—kerana setiap video boleh jadi lucu, pelik, atau menghiburkan.

Berbeza dengan membaca buku, di mana ganjaran datang dengan lambat. Kau perlu membaca dengan konsisten sebelum benar-benar memahami cerita atau isi penting. Dalam satu muka surat pun, belum tentu ada sesuatu yang benar-benar “menarik”.

Otak akan mula berfikir: “Aku kena usaha dulu sebelum dapat reward.”


Kesan Terhadap Fokus dan Perhatian

Apabila seseorang terlalu banyak terdedah kepada kandungan pantas seperti TikTok, otak akan terbiasa dengan pertukaran rangsangan yang sangat cepat.

Lama-kelamaan, ia menjadi semakin sukar untuk kekal fokus pada aktiviti yang perlahan. Tahap toleransi terhadap kebosanan juga semakin menurun.

Membaca mula terasa membosankan. Aktiviti seperti makan, berjalan, atau berehat pun rasa “tak lengkap” tanpa hiburan seperti YouTube atau muzik.

Ini berlaku kerana otak sudah terbiasa dengan stimulasi yang tinggi dan cepat.

Akhirnya, aktiviti yang sebenarnya normal dan perlahan seperti membaca terasa berat—bukan kerana ia tidak menarik, tetapi kerana otak sudah berubah kebiasaan.


Cara Melatih Semula Otak untuk Menikmati Aktiviti Perlahan

Sebenarnya, tabiat ini boleh diubah semula.

Otak manusia mempunyai berbilion sel saraf yang dipanggil neuron. Neuron ini saling berhubung melalui laluan tertentu. Apabila sesuatu aktiviti diulang berkali-kali, laluan tersebut menjadi semakin kuat. Jika jarang dilakukan, ia akan menjadi lemah.

Proses ini dikenali sebagai neuroplasticity, iaitu keupayaan otak untuk berubah dan membentuk semula dirinya berdasarkan tabiat.

Maksudnya, otak boleh “dilatih semula”—sama ada untuk terus terbiasa dengan TikTok, atau untuk kembali menikmati membaca buku.

Jika kau mula membaca semula secara konsisten, laluan berkaitan membaca akan menjadi lebih kuat. Pada masa yang sama, jika penggunaan TikTok dikurangkan, laluan tabiat scroll akan menjadi semakin lemah.

TikTok memang menyeronokkan, tetapi jika digunakan secara berlebihan, ia boleh membuatkan minda semakin lemah untuk fokus dalam jangka panjang. Fokus mula terganggu, dan kehidupan boleh terasa kurang bermakna kerana otak sudah terlalu biasa dengan rangsangan tinggi.

Aktiviti perlahan seperti membaca atau belajar mula terasa kurang menarik—bukan kerana ia tidak bagus, tetapi kerana otak telah “dilatih” ke arah yang berbeza.

Masalahnya bukan otak kita rosak, tetapi ia sedang dibentuk oleh tabiat kita sendiri.

Dan apabila tabiat berubah, kehidupan juga akan berubah.